Thursday, 19 July 2012

->Rukun Islam

  • Mengucap Dua Kalimah Syahadah 
 - Dua kalimah syahadah adalah dua ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama Islam. Maksudnya, saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir dan segala-galanya melainkan Allah. Saya juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa2 yang disuruh Allah.

  • Mendirikan Solat
 
- Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi istilah syarak iaitu beberapa perkataan dan perbuatan yang didahulukan dengan takbir disertakan dengan niat dan diakhiri dengan salam.

  • Menunaikan Zakat
 
- Zakat dari segi bahasa ertinya bersih, subur, berkat dan berkembang. Dari segi syarak pula bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan (asnaf) tertentu yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh syarak.

  • Puasa di Bulan Ramadhan 
 
- Puasa dari segi bahasa iaitu menahan diri daripada sesuatu. Dari segi syarak bermaksud manahan daripada makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat.

  • Menunaikan Haji bagi yang Berkemampuan

- Haji dari segi bahasa bererti tujuan dan maksud. Dari segi syarak iaitu mengunjungi Kaabah dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sa'i dan wukuf di Padang Arafah dengan mengikut syarat dan menunaikan segala rukun dan wajibnya.

No comments:

Post a Comment

Copyright@hamizahasri.blogspot.com