- Apa Itu Ramadhan ?
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...-surah Al-Baqarah, ayat 185
- Fadhilat2 dalam Bulan Ramadhan
- setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
- Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan daripada api neraka
- Amalan2 Sunat dalam Bulan Ramadhan
- banyakkan berdoa, berzikir, berselawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain2
- banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan
- memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa
- menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya
| ||
No comments:
Post a Comment