Friday 20 July 2012

->Rukun Iman

  • Beriman kepada Allah
- Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna

  • Beriman kepada Malaikat
- Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu serta sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t

  •  Beriman kepada Kitab
- Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab2 kepada para rasul-Nya yang tertentu dan semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar

  • Beriman kepada Rasul
- Meyakini bahawa rasul2 itu pesuruh Allah, lelaki dan mendapat wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke arah kebenaran

  • Beriman kepada Hari Akhirat
- Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di Syurga manakala orang yang ingkar akan perintah Allah ditempatkan di Neraka

  • Beriman kepada Qada' dan Qadar
- Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh alam telah ditentukan oleh Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Copyright@hamizahasri.blogspot.com