Tuesday, 18 December 2012

->Gaza








Ya Allah Ya Tuhanku ,Kau selamatkan lah saudara-saudara Islam kami di Gaza .Kau lindungilah mereka dari segala kejahatan dan kezaliman orang kafir .Amiin Ya Rabbal Alamin~
 

Friday, 20 July 2012

->Wuduk

  • Apa Itu Wuduk ?
- membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat

  • Rukun2 Wuduk
- niat
"Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala"
"Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana Allah Taala"

- membasuh muka

 
 

- membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku


- menyapu sedikit air di bahagian kepala


- membasuh kaki hingga dua buku lali

- tertib (mengikut giliran yang telah ditentukan)

  • Perkara2 Sunat Wuduk
- membaca basmalah
- membasuh tangan hingga kepergelangan tangan
- berkumur-kumur
- memasukkan air ke dalam hidung
- menyapu semua bahagian kepala
- membasuh kedua-dua telinga
- menyelati jari tangan, kaki dan janggut
- mendahulukan membasuh yang kanan daripada yang kiri
- membasuh/menyapu setiap anggota sebanyak 3 kali
- muwalat (berturut-turut)

  • Perkara2 yang Membatalkan Wuduk
- keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur)
- tidur yang tidak tetap punggungya
- hilang akal (mabuk/sakit)
- bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik
- menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari
- menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak sengaja

  • Perkara2 Haram bagi Orang yang Tiada Wuduk atau Berhadas Kecil
- solat
- tawaf Kaabah
- menyentuh dan membawa al-Quran
*kanak2 yang belum baligh dan sedang mempelajari al-Quran tidak diwajibkan mengambil wuduk untuk membawa dan menyentuh al-Quran
*sekiranya terpaksa memegang al-Quran seperti untuk  menyelamatkannya atau memelihara kehormatannya  walaupun tidak berwuduk adalah diharuskan

  • Masalah Bersentuhan
- orang yang menyentuh dan orang yang kene sentuh kedua-duanya batal wuduk
- wuduk tidak terbatal dengan menyentuh kanak2 perempuan yang kecil yang belum bersyahwat
- batal wuduk dengan menyentuh orang tua perempuan tidak kira sama ada si lelaki yang menyentuh itu lemah tenaga batin atau terpotong kemaluan
- tersentuh rambut, gigi dan juga kuku tidak membatalkan wuduk



->Rukun Iman

  • Beriman kepada Allah
- Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna

  • Beriman kepada Malaikat
- Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu serta sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t

  •  Beriman kepada Kitab
- Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab2 kepada para rasul-Nya yang tertentu dan semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar

  • Beriman kepada Rasul
- Meyakini bahawa rasul2 itu pesuruh Allah, lelaki dan mendapat wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke arah kebenaran

  • Beriman kepada Hari Akhirat
- Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di Syurga manakala orang yang ingkar akan perintah Allah ditempatkan di Neraka

  • Beriman kepada Qada' dan Qadar
- Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh alam telah ditentukan oleh Allah s.w.t

->Zikir Harian

Thursday, 19 July 2012

->Rukun Islam

  • Mengucap Dua Kalimah Syahadah 
 - Dua kalimah syahadah adalah dua ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama Islam. Maksudnya, saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir dan segala-galanya melainkan Allah. Saya juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa2 yang disuruh Allah.

  • Mendirikan Solat
 
- Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi istilah syarak iaitu beberapa perkataan dan perbuatan yang didahulukan dengan takbir disertakan dengan niat dan diakhiri dengan salam.

  • Menunaikan Zakat
 
- Zakat dari segi bahasa ertinya bersih, subur, berkat dan berkembang. Dari segi syarak pula bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan (asnaf) tertentu yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh syarak.

  • Puasa di Bulan Ramadhan 
 
- Puasa dari segi bahasa iaitu menahan diri daripada sesuatu. Dari segi syarak bermaksud manahan daripada makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat.

  • Menunaikan Haji bagi yang Berkemampuan

- Haji dari segi bahasa bererti tujuan dan maksud. Dari segi syarak iaitu mengunjungi Kaabah dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sa'i dan wukuf di Padang Arafah dengan mengikut syarat dan menunaikan segala rukun dan wajibnya.

->Surah Al-Fatihah


  • Kenapa Dinamakan Surah yang Pertama Dalam al-Quran dengan Nama Surah al-Fatihah ?
- surah ini dinamakan dengan surah Al-Fatihah ialah kerana ia surah yang pertama ditulis di dalam al-Quran dan ia juga surah yang mengawali setiap sembahyang. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, Jil 1, De Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh, Pustaka Imam asy-Syafie)

  • Surah yang Pertama 
- surah Al-Fatihah adalah surah yang pertama diturunkan (nuzul) secara lengkap. Dalam erti kata lain, surah2 sebelum ini diturunkan tetapi tidak lengkap seperti surah Al-'Alaq, Al-Muzammil, Al-Muddaththir dan lain2.
- ia juga merupakan surah yang pertama diturunkan di Makkah menurut pendapat sesetengah riwayat. (Tafsir Pedoman Muttaqin, Juz , Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor)

  • Nama2 lain bagi Surah Al-Fatihah
- Faatihah al-Kitab yang membawa maksud pembuka kitab atau pembuka al-Quran
- Al-Hamd yang membawa maksud puji-pujian
- Al-Sab'u al-Mathani yang membawa maksud 7 ayat yang sentiasa diulang-ulang
- Al-Quran al-'Azim yang membawa maksud al-Quran yang agung
- Um al-Quran atau Um al-Kitab yang membawa maksud ibu atau induk al-Quran atau al-Kitab
- Al-Solat yang membawa maksud sembahyang
- Al-Syifa' yang membawa maksud penawar atau penyembuh
- Al-Ruqyah yang membawa maksud jampi atau doa (Rujuk Perbendaharaan al-Quran, Jil 1, MAIS dan KUIS)

  • Kelebihan Surah Al-Fatihah
- surah yang paling agung dalam al-Quran
- satu surah yang diturunkan secara eksklusif untuk Nabi Muhammad s.a.w
- surah ini adalah sebaik-baik surah di dalam al-Quran
- surah Al-Fatihah adalah satu cahaya yang tidak pernah diberikan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w
- surah Al-Fatihah juga adalah rukun di dalam solat
- surah ini boleh menjadi penawar penyakit
- surah Al-Fatihah adalah 1/3 daripada al-Quran. (Rujuk Perbendaharaan al-Quran, Jil 1, MAIS dan KUIS)   

->Puasa

  • Puasa ?
- menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat
- dalil puasa yang bermaksud "Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"-surah Al-Baqarah, ayat 183

  • Syarat2 Wajib Puasa
- Islam
- baligh
- berakal
- mampu berpuasa

  • Syarat2 Sah Puasa
- Islam
- berakal dan mumaiyyiz
- suci daripada haid dan nifas
- berniat waktu malam
- menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa

  • Rukun Puasa
- niat
- menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa

  • Perkara2 Sunat Puasa
- menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu berbuka
- bersahur dan melewatkannya
- berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis
- memperbayakkan sedekah
- membaca al-Quran
- beriktikaf di masjid

  • Perkara2 Makruh Puasa
- berbekam
- berkumur secara berlebihan
- tidur sepanjang hari
- menggosok gigi selepas gelincir matahari
- melewatkan berbuka setelah masuk waktunya

  • Perkara2 yang Membatalkan Puasa
- keluar haid atau nifas
- melahirkan anak
- bersetubuh pada siang hari
- mengeluarkan air mani dengan sengaja
- muntah dengan sengaja
- memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja
- pengsan sepanjang hari
- gila
- murtad

  • Hari2 yang Disunatkan Berpuasa
- hari Isnin dan Khamis
- puasa 6 hari dalam bulan Syawal
- puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
- nisfu Syaaban iaitu 15 Syaaban
- 27 Rejab iaitu hari peristiwa Isra' dan Mi'raj
- puasa pada setiap 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah (hari putih)
- puasa pada setiap 28, 29 dan 30 haribulan Hijriah (hari hitam)
- puasa 9 dan 10 Muharram

  • Hari2 yang Diharamkan Berpuasa
- 1 Syawal (hari raya puasa)
- hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
- hari syak iaitu 30 Syaaban

  • Golongan yang Diharuskan Berbuka Puasa
- orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
- orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh
- orang yang bermusafir melebihi 2 marhalah
- perempuan mengandung
- perempuan yang menyusukan anak

  • Kelebihan Berpuasa
    - melatih diri bersifat jujur dan ikhlas
    - membentuk insan yang bertaqwa yang taat pada perintah Allah
    - melahirkan keinsafan di atas penderitaan fakir miskin
    - mendidik jiwa melawan nafsu

    • Akibat Tidak Berpuasa
    - dimurkai Allah
    - kehidupan tidak tenang
    - bersifat riak dan terburu-buru dalam setiap tindakan
    - cepat berputus asa
    - disisih masyarakat dan dipandang hina
    - mencemarkan maruah Islam


    Info Tambahan
    -> perbuatan mengorek hidung, telinga atau memasukkan ubat ke mata atau telinga tidak membatalkan puasa
























    ->Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

    • Apa Itu Ramadhan ?
    - Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud: 
    Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...-surah Al-Baqarah, ayat 185

    • Fadhilat2 dalam Bulan Ramadhan
    - setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
    - setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
    - Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan daripada api neraka  
    • Amalan2 Sunat dalam Bulan Ramadhan
    - mengerjakan solat sunat Terawikh, Witir dan solat sunat yang lain
    - banyakkan berdoa, berzikir, berselawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain2
    - banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan
    - memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa
    - menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya










      








    Sunday, 15 July 2012

    ->Rukhsah Bermusafir

    • Apa Itu Rukhsah ?
    - Rukhsah ialah keringanan dalam beribadah. Ia merupakan sedekah daripada Allah buat hamba-Nya.
    - Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hendaklah kamu mengambil ruksah Allah yang Dia berikan untuk kamu." (Riwayat Muslim)
    - Sabda baginda lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka kamu mengambil rukhsah-Nya sebagaimana Dia benci kamu melanggar perintah-Nya." (Riwayat Ahmad)

    • Jenis-jenis Musafir
    - musafir ibadat; ibadah haji, umrah, berjihad, menziarahi pesakit dan sebagainya
    - musafir adat; berniaga, melancong, memancing dan sebagainya
    - musafir maksiat; bertujuan membuat maksiat, musafir wanita tanpa mahram dan untuk beribadat di masjid atau perkuburan tertentu

    • Antara2 Rukhsah untuk Musafir
    - mengqasarkan solat
    - menjamakkan solat
    - tidak wajib solat Jumaat
    - tidak berpuasa pada bulan Ramadhan
    - tidak perlu solat Rawatib kecuali solat sunat Subuh
    - solat sunat di atas kenderaan

    • Panduan Musafir (adab sebelum bertolak)
    - solat istikharah
    - bertaubat
    - menyediakan nafkah
    - elakkan bermusafir secara bersendirian
    - adab berpisah (wada')
    - doa
    - sunat bermusafir pada hari Khamis

    • Panduan Musafir (adab sepanjang perjalanan)
    - laksanakan rukhsah (qasar, jamak)
    - banyakkan berdoa
    - bersabar dan berakhlak baik
    - bertakbir ketika mendaki dan bertasbih ketika menuruni
    - berdoa sebelum sampai tempat tujuan

    • Panduan Musafir (adab ketika pulang)
    - segera pulang
    - tidak pulang lewat malam secara mengejut
    - solat sunat

    Saturday, 14 July 2012

    ->Doa

    "Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu ." (Surah al-Mukmin 40:60)


    • Panduan Doa Makbul
    - tidak melakukan perkara yang menghalang doa dimakbulkan
    - membiasakan diri dengan tiga tabiat para nabi
    - menguatkan doa dengan tawassul syar'i (yang dibenarkan syarak)
    - mengambil peluang dengan masa, tempat atau keadaan yang mustajab doa

    • Antara Individu Yang Mustajab Doa
    - seorang Muslim yang mendoakan saudaranya
    - orang berpuasa
    - pemimpin yang adil
    -orang yang dizalimi
    - ibu bapa
    - musafir
    - si anak yang berdoa buat ibu bapanya
    - mujahid di jalan Allah
    - orang sedang menunaikan haji atau umrah
    - orang yang banyak mengingati Allah
    - orang yang tidur dalam keadaan yang suci
    - orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus
    - orang yang benar2 dalam kesulitan

    • Antara Masa Ynag Mustajab Berdoa
    - antara azan dan iqamah
    - ketika hujan
    - semasa ayam berkokok
    - kala sepertiga malam
    - ketika sujud dalam solat
    - ketika waktu senang
    - ketika peperangan
    - di hujung solat fardhu selepas tahiyat sebelum solat
    - pada malam hari
    - pada hari jumaat

    • Antara Sebab Doa Tdak Dimakbulkan
    - lalai ketika berdoa
    - tidak bersungguh-sungguh berdoa
    - kurang yakin doa akan dimakbulkan-Nya
    - tidak berselawat
    - perbelanjaan hidup daripada sumber yang haram
    - cepat berputus asa
    - melakukan syirik
    - tidak meredah diri ketika berdoa
    - kurang beradab ketika berdoa
    - memutuskan silaturrahim

    • Tip Doa Makbul
    *Dalam surah al-Anbiya' antara ayat 73-90, Allah merakamkan kisah para nabi dan doa2 mereka yang dimakbulkan. Pada akhir ayat 90 Allah menyenaraikan 3 tabiat serupa para nabi yang menyebabkan doa meraka begitu makbul:
    - sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan
    - sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan dan ketakutan
    - sentiasa tunduk patuh kepada Kami





    Copyright@hamizahasri.blogspot.com